Kesihatan Podenco Ibiza

Anjing pemburu Ibiza merupakan anggota tipikal bagi kumpulan hound yang bermaksud bahawa ia jarang menderitai penyakit keturunan. Kebimbangan kesihatan kecil untuk baka ini termasuk sawan dan alahan; sangat jarang pula, terdapat distrofi akson, katarak, displasia retina, dan kepekakan pada baka ini. Para pemilik anjing pemburu Ibiza patut membawa anjing mereka supaya matanya diuji oleh doktor haiwan sebelum pembiakbakaan. Ujian CERF dan BAER disarankan untuk baka ini. Anjing pemburu Ibiza peka terhadap anestesia barbiturat dan biasanya hidup sehingga antara 12 dengan 14 tahun.[2]

Berkaitan